Membudayakan inovasi dalam kalangan warga TVET Malaysia
Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan merupakan satu inisiatif tahunan yang bertujuan membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga pendidik institusi TVET di Malaysia. Program ini dilihat sebagai pemangkin kepada penghasilan idea, penyelidikan, amalan dan produk inovatif yang berupaya memberi impak tinggi, menyelesaikan masalah sebenar, serta berpotensi diperluaskan ke peringkat yang lebih tinggi.
Melalui pertandingan seperti ini, warga TVET didorong untuk menjadi lebih yakin, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Penganjuran pertandingan juga berfungsi sebagai platform perkongsian ilmu, pemerkasaan jaringan antara institusi, serta pengiktirafan kepada hasil inovasi yang praktikal dan bernilai kepada masyarakat, industri, pendidikan dan komuniti.
"Inovasi TVET Memperkasa Masa Depan"
Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan 2026 merupakan platform tahunan yang menghimpunkan idea, amalan, produk dan penyelesaian inovatif daripada warga TVET Malaysia.